WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Rizab Antarabangsa Bank Negara Meningkat Kepada US$120.9 Bilion

22/07/2025 04:04 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Paras rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$120.9 bilion setakat 15 Julai, 2025, berbanding US$120.6 bilion yang dicatatkan pada 30 Jun, 2025.

Menerusi kenyataannya hari ini, BNM berkata angka itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab ini adalah rizab pertukaran asing (US$107.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.1 bilion) serta aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM613.13 bilion yang merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM511.37 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.62 bilion), deposit institusi kewangan (RM6.25 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM27.31 bilion), tanah dan bangunan (RM4.58 bilion) serta aset-aset lain (RM50 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti sebanyak RM613.13 bilion yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.98 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.10 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM125.16 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM9.90 bilion), deposit lain (RM75.19 bilion), kertas Bank Negara (RM10.08 bilion), peruntukan SDR (RM27.78 bilion) dan liabiliti lain (RM2.84 bilion).

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan