WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Hebahan Mesej 'Bantuan SARA Untuk Semua' Palsu - MOF

24/07/2025 07:06 PM

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa hebahan mesej berkenaan bantuan 'Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua' adalah palsu.

 Selain itu, tiada sebarang permohonan diperlukan untuk SARA, jelas kementerian itu di platform media sosial Instagram.

Ia berkata bantuan SARA sebanyak RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan mesej palsu seumpama ini di media sosial. Tidak pasti, jangan klik dan elak jadi mangsa penipuan,” kata MOF.

Bantuan SARA itu boleh dibelanjakan di kedai-kedai terpilih bermula 31 Ogos sehingga 31 Disember, 2025.

Sehubungan itu, pengguna disaran mengikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat lanjut mengenai bantuan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan