WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Tahan Tiga Remaja Disyaki Terbabit Kes Larikan Orang

25/07/2025 11:28 AM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Polis menahan tiga remaja yang disyaki terbabit dalam insiden melarikan seorang lelaki menggunakan lori ketika berlaku pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai, Subang Jaya, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata tiga lelaki berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan di Hulu Selangor dan Puchong, 10 malam semalam.

“Permohonan reman untuk tiga lelaki terbabit akan dibuat pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan kes sama.

Wan Azlan berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 15 saat memaparkan beberapa lelaki bergelut dengan mangsa di belakang sebuah lori yang berlaku di tengah jalan raya dan kejadian tersebut dirakam orang awam di lokasi berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan