WILAYAH - SELATAN > BERITA

Ewon Tinjau Reruai Koperasi, Usahawan Sempena HKN 2025

26/07/2025 07:28 PM

MELAKA, 26 Julai (Bernama) -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick meninjau reruai koperasi dan usahawan sempena sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau turut beramah mesra dan menyampaikan penghargaan kepada peserta pameran, sambil menyatakan sokongan terhadap perkembangan koperasi tempatan.

“Saya mendoakan agar koperasi yang terlibat terus maju dan menjadi inspirasi kepada yang lain,” katanya dalam kenyataan.

HKN 2025 yang berlangsung selama tiga hari sejak semalam melibatkan 242 reruai pameran, termasuk 147 dikendalikan oleh koperasi dengan 22 daripadanya dalam sektor pelancongan.

Pelbagai agensi di bawah KUSKOP turut serta menyediakan program dan perkhidmatan.

Ewon mengajak orang ramai hadir memeriahkan sambutan yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti ceramah, Program Happy Hour Jualan MADANI Koperasi, pertandingan Battle of the Band, pameran aset ketenteraan, serta program Jom Masuk IPT dan Jom Cari Kerja.

Majlis penutupan rasmi HKN 2025 akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan