WILAYAH - SARAWAK > BERITA

26 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

01/08/2025 09:13 PM

TAWAU, 1 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 26 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya di sini pagi tadi namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan 1,300 rumah yang lain.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Madzlan Sharman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.37 pagi sebelum 39 anggota dan lima kenderaan operasi termasuk dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian.

"Tiba di lokasi, pasukan bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air laut serta air tangki jentera bomba," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya kesemua penghuni rumah sempat keluar menyelamatkan diri dan operasi ditamatkan pada 11.45 pagi.

Madzlan berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan