BEIJING, 4 Ogos (Bernama-CMG) -- China mencatatkan jualan sebanyak 302,000 unit robot industri pada 2024, sekali gus mempertahankan kedudukannya sebagai pasaran robot industri terbesar di dunia selama 12 tahun berturut-turut, menurut sidang media Persidangan Robot Dunia 2025 yang diadakan di sini pada Sabtu.
Taklimat itu turut mendedahkan bahawa permohonan paten berkaitan robot dari China merangkumi dua pertiga daripada jumlah keseluruhan permohonan global pada tahun lalu.
Dalam pada itu, China kekal sebagai negara pengeluar robot terbesar di dunia.
Jumlah pengeluaran robot industri meningkat secara ketara daripada 33,000 unit pada 2015 kepada 556,000 unit pada 2024.
Selain itu, jumlah pengeluaran robot perkhidmatan merekodkan 10.51 juta unit pada 2024, menyaksikan peningkatan sebanyak 34.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Robot perkhidmatan kini digunakan secara meluas dalam sektor-sektor perkhidmatan rumah tangga, logistik gudang, perkhidmatan komersial, penjagaan warga emas dan orang kurang upaya, serta pemulihan perubatan.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial