WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Suspek Gangguan Seksual Remaja Perempuan Di Rawang Ditahan

05/08/2025 11:43 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes gangguan seksual terhadap remaja perempuan di kawasan Bukit Sentosa, Rawang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa kira-kira 3 petang pada Ahad lepas.

"Suspek berumur 21 tahun itu berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor hasil maklumat awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan negatif.

Beliau berkata suspek direman selama tiga hari bermula pada hari ini hingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(a)(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Pihak polis percaya dengan tertangkapnya suspek, kes yang berlaku di Hulu Selangor tempoh hari berjaya diselesaikan sekali gus meningkatkan kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap polis,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan