WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Berhampiran Pantai Tanjung Batu

18/08/2025 06:16 PM

LABUAN, 18 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di perairan berhampiran Pantai Tanjung Batu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata mayat ditemukan oleh seorang wanita yang sedang mencari landak laut dan siasatan awal polis mendapati mayat itu mempunyai kaitan dengan kes orang hilang yang dilaporkan di Sundar, Lawas, Sarawak, Khamis lepas.

“Mangsa, Assan Osman, 65 tahun, yang merupakan seorang nelayan dilaporkan hilang ketika keluar mencari hasil laut.

“Pencarian dilakukan keluarga dan penduduk kampung hanya menjumpai perahu miliknya yang hanyut di perairan Sundar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis telah menghubungi keluarga Assan untuk proses pengecaman dan mayat Assan disahkan anak lelakinya di Jabatan Forensik Hospital Labuan semasa proses bedah siasat dijalankan.

Kes itu katanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil penuh bedah siasat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan