KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Urusharta Jamaah Sdn Bhd, iaitu syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan (MOF), telah memperoleh tiga juta saham biasa Solarvest Holdings Bhd, sekali gus meningkatkan pegangannya kepada 5.08 peratus.
Pengambilalihan saham itu dibuat pada 15 Ogos, menjadikan Urusharta Jamaah sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu, kata Solarvest Holdings dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.
Solarvest, yang merupakan pemain tenaga bersih serantau dan beroperasi di lapan negara, telah membangunkan lebih daripada 2,000 megawatt projek solar yang sedang berjalan dan yang telah disiapkan.
-- BERNAMA
TAG: Urusharta Jamaah, pemegang saham penting, SPV, pegangan, korporat
NBB NBB CYC MFBJ
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial