DUNIA > BERITA

Rai Ulang Tahun Ke-60 Wilayah Xizang, Dorong Pembangunan Moden – Xi

21/08/2025 04:35 PM

LHASA, 21 Ogos (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping bersama 20,000 kader dan penduduk pelbagai etnik menyambut ulang tahun ke-60 penubuhan Wilayah Autonomi Xizang dalam satu perhimpunan di Dataran Istana Potala di sini pagi tadi.

Pada Rabu, Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, ketika menghadiri taklimat anjuran pihak berkuasa tempatan, mengiktiraf pencapaian Xizang sepanjang enam dekad lalu, sambil menyampaikan ucapan tahniah kepada masyarakat berbilang kaum di wilayah itu.

Beliau turut menggariskan keperluan meningkatkan kualiti pembangunan Xizang dengan menekankan kestabilan masyarakat, kemampanan ekonomi, pemeliharaan ekologi serta kemakmuran kawasan sempadan, selaras dengan matlamat membangunkan Xizang ke arah wilayah bersatu, makmur, beretika tinggi, harmoni, moden dan indah dalam kerangka pembangunan negara sosialis.

“Kemantapan politik, kestabilan sosial, perpaduan masyarakat berbilang kaum dan keterjaminan kebebasan beragama harus dijadikan empat perkara utama dalam tadbir urus Xizang.

“Hendaklah memacu pembangunan berkualiti di wilayah ini dengan memanfaatkan sumber tempatan, termasuk industri bercirikan dataran tinggi seperti pertanian, penternakan dan tenaga boleh baharu, di samping menggalakkan industri pemprosesan, memperkukuh perkhidmatan moden serta merancakkan sektor kebudayaan dan pelancongan,” kata Xi.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan