KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki disyaki mencuri kabel yang turut tular melalui media sosial selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh beberapa kenderaan semasa melarikan diri daripada pemeriksaan polis.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata suspek berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan di Jalan Cheras di sini pada 2.45 petang semalam.
“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan pacuan empat roda suspek menemukan empat guni berisi kabel tembaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Suspek direman hingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Aidil berkata pemilik kenderaan dirempuh juga telah membuat laporan polis dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi hotline Polis Cheras menerusi talian 03-9284 5050 / 5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial