JOHOR BAHRU, 24 Ogos (Bernama) -- Ketua Polis Johor CP Ab Rahaman Arsad hari ini dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran ‘Datuk’ sempena Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.
Menurut hantaran menerusi laman Facebook Polis Johor, Ab Rahaman menerima anugerah itu sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir pada istiadat itu, isteri beliau Datin Salwah Mahdan yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor.
Ab Rahaman, 58, sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu berkuat kuasa 4 Ogos lepas.
Anak jati Johor yang berasal dari Kulai itu menggantikan Datuk M. Kumar, 56, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial