NIBONG TEBAL, 27 Ogos (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sini sejak Ahad lepas (24 Ogos).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Jay January Siowou berkata Nur Syamimi Husna Mohd Fikry, 17, gagal dikesan dan tidak pulang ke rumahnya hingga hari ini.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai remaja itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan D.Surianah Jamlan di talian 014-8696851 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial