PUTRAJAYA, 2 Sept (Bernama) -- Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Mohd Razali Wahab dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa hari ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi kenyataan hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Mohd Razali, 59, atas pelantikan itu.
Mohd Razali adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pengurusan Sosial dan Infrastruktur) dari Universiti Malaya dan pemegang Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Meiji, Jepun.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama lebih 31 tahun, bermula sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Penerangan pada 1994.
Pada 2022, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, sebelum menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah NADMA.
“Dengan kepimpinan dan pengalaman beliau, saya yakin penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus cemerlang dan dapat memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat khususnya di negeri Sabah,” kata Shamsul Azri.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial