SUNGAI PETANI, 3 Sept (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki malam tadi dipercayai menceroboh sebuah rumah di Bandar Perdana dekat sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata penganggur berusia 21 tahun itu ditahan pada 11.30 malam di kawasan perumahan Taman Sidam Kiri, dekat sini.
"Lelaki itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine, namun tidak memiliki rekod jenayah lampau.
"Polis merampas beberapa barangan daripadanya termasuk telefon bimbit, pisau serta sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai aktif melakukan jenayah itu sejak tiga minggu lepas, selain disyaki terlibat dengan tiga kes ragut lain di daerah ini.
Dia kini direman hingga 9 Sept ini untuk siasatan mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang lelaki bersenjatakan pisau menceroboh ke sebuah rumah, dengan ketika itu terdapat seorang suri rumah sedang menyidai pakaian.
Kejadian pada 7.35 pagi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa, yang memaparkan kelibat suspek melompat melalui tembok dan masuk ke rumah sebelum melarikan wang tunai dan telefon bimbit.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial