WILAYAH - TENGAH > BERITA

Polis Cedera Ditembak: Enam Individu Ditahan Bantu Siasatan

08/09/2025 12:20 AM

IPOH, 7 Sept (Bernama) -- Polis menahan enam individu bagi membantu siasatan kes tembak terhadap seorang anggota polis dan penemuan mayat seorang wanita di Simpang Pulai pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin ketika dihubungi berkata mereka ditahan untuk direkodkan keterangan.

"Lima lelaki, seorang wanita ditahan bagi diambil keterangan," katanya dalam jawapan ringkas kepada Bernama malam ini.

Terdahulu, anggota polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini akibat terkena tembakan di bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek yang disyaki terlibat dengan kes bunuh di kebun kelapa sawit berhampiran sebuah kilang di Simpang Pulai pagi tadi.

Dalam kejadian 1.15 pagi itu, pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang kenderaan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan