WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Hume Cement Lantik William Tan Pengarah Urusan Kumpulan

29/12/2025 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) --  Hume Cement Industries Bhd melantik William Tan Kok Siang sebagai pengarah urusan kumpulannya, berkuat kuasa 1 Januari, 2026.

Syarikat itu berkata, Tan, 38, sebelum ini menjadi pengarah urusan anak syarikat milik penuhnya Hume Cement Sdn Bhd (HCMT) sejak 1 Oktober 2023.

Beliau menyertai HCMT pada 2012 dan kemudiannya memegang pelbagai jawatan utama dalam bahagian pemasaran, jualan, logistik, eksport dan operasi kilang, kata Hume Cement dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

"Rekod prestasi beliau termasuklah memacu pertumbuhan jualan, mengukuhkan bahagian hubungan pelanggan dan meningkatkan kecekapan operasi.

“Pada 2019, beliau dilantik sebagai pengurus besar jualan dan logistik dan seterusnya diamanahkan dengan tanggungjawab yang lebih luas meliputi bahagian jualan, pemasaran, logistik dan kilang pembungkusan," kata syarikat itu.

Hume Cement tidak mempunyai pengarah urusan kumpulan sejak September 2023 susulan peletakan jawatan Hugo Enrique Losada Barriola, atas sebab-sebab peribadi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan