WILAYAH - SARAWAK > BERITA

51 Anggota Pelbagai Agensi Terlibat SAR Lelaki Jatuh Di Linkedua

29/12/2025 11:25 PM

JOHOR BAHRU, 29 Dis (Bernama) -- Sebanyak 51 anggota pelbagai agensi digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki tempatan yang dipercayai jatuh ke dalam laut dari Kilometer 1.3 Jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Mohd Azlan Abdul Kadir berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 8.20 malam daripada Balai Polis Kompleks Sultan Abu Bakar.

“Operasi SAR telah dimulakan semalam dan diteruskan hari ini dengan usaha mengesan mangsa berusia 33 tahun itu menggunakan bot,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Operasi membabitkan Pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-511 3622 atau 07-511 4486.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan