WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan Sekitar Pusat Penamaan Calon Mula Ditutup

10/01/2026 08:45 AM

KINABATANGAN, 10 Jan (Bernama) -- Jalan sekitar pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag di sini mula ditutup sementara bermula 7 pagi ini bagi melancarkan aliran trafik sempena proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang berlangsung hari ini.

Penutupan jalan melibatkan Jalan Dato Pengiran Galpam bermula dari hadapan Mahkamah Syariah hingga Simpang Tiga menuju Jalan Dato Malek Chua.

Tinjauan Bernama mendapati cuaca baik, manakala penyokong calon yang bertanding mula hadir ke pusat berkenaan seawal 6.30 pagi.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari dengan hari pengundian pada 24 Jan, manakala pengundian awal pada 20 Jan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan