WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Siasat Kejadian Bayi Tiga Bulan Patah Paha Di Rumah Pengasuh

14/01/2026 01:36 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Polis sedang menyiasat kes berkaitan pengabaian seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, dipercayai berlaku di sebuah rumah pengasuh di Taman Koperasi Polis, Sentul di sini, hingga mangsa mengalami kecederaan serius.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.38 petang Jumaat lepas, membabitkan seorang bayi lelaki yang mengalami bengkak di bahagian paha kiri selepas dihantar ke rumah pengasuh.

"Mangsa telah dibawa ke hospital oleh ibu bapanya selepas tidak berhenti menangis.

"Laporan polis dibuat oleh doktor berusia 27 tahun selepas mangsa dirujuk ke Hospital Ampang dan mengalami patah tulang paha sebelah kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan