WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Terus Menurun

15/01/2026 04:37 PM

SIBU, 15 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun kepada 507 orang daripada 158 keluarga pada 4 petang ini, berbanding 611 orang daripada 194 keluarga pagi tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, empat PPS masih beroperasi di Bahagian Sibu dan Bintulu.

“Di Sibu, PPS SMK Bukit Assek menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga, manakala di Bintulu, PPS Dewan Suarah menempatkan 251 mangsa daripada 73 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Jumlah mangsa di PPS Balai Raya Sebauh dan SMK Sebauh turut menurun masing-masing kepada 143 orang (51 keluarga) dan 107 orang (33 keluarga), berbanding 150 dan 177 mangsa pada pagi tadi.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan