WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AS Akan Kenakan Cukai Import Ke Atas 8 Negara Eropah Berkaitan Greenland

18/01/2026 10:28 AM

WASHINGTON, 18 Jan (Bernama-Anadolu) -- Presiden AS Donald Trump pada Sabtu berkata Washington akan mengenakan cukai import baharu ke atas barangan daripada lapan negara Eropah bermula 1 Feb, dengan kadar meningkat dengan ketara pada Jun, dengan alasan “keselamatan negara” yang berkait dengan Greenland.

Anadolu Ajansi melaporkan Trump dalam satu hantaran di syarikat media sosialnya, Truth Social, berkata import dari Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, Britain, Belanda dan Finland akan dikenakan cukai sebanyak 10 peratus mulai bulan depan, meningkat kepada 25 peratus pada 1 Jun.

Beliau berkata langkah itu akan kekal sehingga satu perjanjian dicapai untuk “pembelian lengkap dan total Greenland.” Trump telah lama menegaskan niat AS untuk mengambil alih Greenland daripada Denmark, dengan alasan Washington memerlukan wilayah Artik autonomi itu demi kepentingan “keselamatan negara.”

“Perdamaian Dunia dipertaruhkan! China dan Rusia mahukan Greenland, dan Denmark tidak mampu berbuat apa-apa mengenainya,” katanya.

Trump menekankan bahawa walaupun AS terbuka untuk rundingan dengan Denmark dan negara-negara lain, “langkah-langkah tegas” adalah perlu untuk melindungi “keamanana dan keselamatan global.”

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan