KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) di Parlimen.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu tegas berpendirian bahawa mereka tidak menentang pembangunan bandar namun RUU berkenaan perlu diperbaiki dan diperhalusi.
Beliau berkata beberapa pindaan harus dilakukan sebagaimana cadangan Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA yang dipengerusikan oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
“UMNO menegaskan bahawa RUU URA hanya wajar dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Asyraf Wajdi berkata Jawatankuasa Khas itu telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Okt tahun lepas.
Konvensyen berkenaan telah meluluskan 14 syor cadangan penambahbaikan terhadap RUU itu untuk pertimbangan kerajaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial