WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Terima Lima Laporan Kanak-kanak Dipukul Di Tadika, Dua Penjaga Ditahan

26/01/2026 12:11 AM

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan kes pukul membabitkan empat kanak-kanak di sebuah tadika di Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima lima laporan berhubung kejadian itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh dan turut menemukan satu rakaman video berkaitan perkara tersebut sebagai bahan bukti.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada Julai hingga Ogos tahun lepas membabitkan empat kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun.

“Dua wanita yang merupakan penjaga kanak-kanak telah dibenarkan reman lima hari oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam dan seorang lagi akan dipanggil untuk dirakam keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi serta menyebarkan berita palsu berhubung kejadian berkenaan memandangkan siasatan masih dijalankan.

 Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Saujana Utama 03 - 6038 2222 atau pegawai penyiasat Insp Muhammad Syahir  Abdul Halim 016-3423258.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi hantaran mendakwa memiliki rakaman video yang menunjukkan anaknya disyaki didera di sebuah tadika di Saujana Utama, selain mendakwa mempunyai video anak orang lain turut didera. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan