WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Nelayan Hilang Selepas Bot Terbalik Dilanggar Di Pengerang

02/02/2026 03:14 PM

KOTA TINGGI, 2 Feb (Bernama) -- Seorang nelayan tempatan dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama-sama pekerja terbalik dipercayai akibat dilanggar sebuah lagi bot di perairan Pengerang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata menerima maklumat kejadian daripada isteri mangsa.

Beliau berkata Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Pengerang serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat sejurus maklumat diterima. 

“Siasatan awal mendapati bot nelayan jenis fiber dinaiki mangsa berusia 55 tahun dan pekerja warga asing 32 tahun dilanggar sebuah bot yang tidak dikenal pasti pemiliknya sebelum terbalik.

“Bagaimanapun dalam kejadian 9.50 malam itu, pekerja tersebut ditemukan selamat selepas berpaut pada kayu bot," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof memohon kerjasama nelayan di sekitar lokasi kejadian membantu mengesan mangsa. 

Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi menerusi talian 07-883 7222 atau Pemangku Ketua Polis Balai Pengerang Sarjan Romeo Usit 011-10182027 atau hadir ke balai berhampiran. 

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan