WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KBS Galak Penglibatan Lebih Ramai Wanita Dalam Sukan

07/02/2026 06:15 PM

SUNGAI PETANI, 7 Feb (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan bagi melahirkan barisan pelapis atlet wanita negara.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata penglibatan wanita dalam pelbagai acara sukan kini membanggakan dan menunjukkan semangat juang tinggi.

“Kita lihat ikon sukan yang membanggakan negara juga terdiri daripada wanita. Oleh itu, kita ingin menggalakkan lebih ramai wanita menyertai sukan, terutamanya di peringkat akar umbi,” katanya selepas meninjau Kejohanan Milo All Girls Touch Rugby Series 2026 di Institut Perguruan Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

Beliau berkata sukan menyatukan dan tidak seharusnya dibezakan mengikut jantina atau latar belakang.

“Kita boleh memperkasakan wanita dalam sukan, yang juga memupuk disiplin dan semangat berpasukan. Negara kini berada pada landasan baik dengan ramai pelapis wanita untuk mewakili negara. Kita akan bekerjasama dengan sekolah, institusi pengajian tinggi dan Majlis Sukan Negara bagi memastikan bakat mereka dibawa ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan