WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Bot Karam: Lima Kru Terselamat Selepas 17 Jam Terapung Di Laut

07/02/2026 06:27 PM

KOTA TINGGI, 7 Feb (Bernama) -- Lima kru bot persiaran Thailand ditemukan selamat selepas terapung hampir 17 jam akibat bot dinaiki karam di perairan Tanjung Sedili Khamis lepas.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata pihaknya menerima laporan kecemasan pada 9 malam yang memaklumkan bot berkenaan mengalami kebocoran sebelum terputus hubungan ketika dalam pelayaran ke Singapura.

Beliau berkata bagaimanapun usaha pencarian oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digerakkan segera ke lokasi kejadian berdepan kesukaran berikutan keadaan gelap dan jarak penglihatan terhad.

“Semua mangsa ditemukan nelayan tempatan dalam keadaan terapung, kira-kira 7.1 batu nautika timur Tanjung Siang pada 8.30 pagi semalam dan mereka dibawa ke Terminal Feri Tanjung Pengelih sebelum diberikan rawatan awal oleh petugas,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Najib berkata semua mangsa terdiri daripada lelaki berusia 43 hingga 74 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan telah diserahkan kepada Kedutaan Thailand bagi tindakan lanjut.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan