WILAYAH - UTARA > BERITA

800 Pelajar Terima Sumbangan Kasih MADANI Bernilai RM250,000

08/02/2026 02:26 PM

IPOH, 8 Feb (Bernama) -- Sebanyak 800 pelajar pelbagai kaum daripada 18 sekolah dalam Parlimen Ipoh Barat menerima Sumbangan Kasih MADANI berjumlah RM250,000 sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata sumbangan tunai itu diharap meringankan beban pelajar dan keluarga untuk memperoleh bahan pembelajaran serta barangan keperluan menjelang Tahun Baharu Cina dan Ramadan.

Beliau berkata sumbangan dengan kerjasama rakan strategik Berjaya Cares Foundation itu komitmen kerajaan dalam menjaga kesejahteraan serta kebajikan masyarakat bagi memastikan tiada yang terpinggir.

“Walaupun ini Tahun Baharu Cina, Melayu, India dan semua kita santuni kerana dalam kerangka MADANI ada ihsan, belas kasihan, perpaduan dan keharmonian,” katanya.

Nga yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Kasih MADANI di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bercham di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Eksekutif Berjaya Group Bhd Shashitharan Nair, ADUN Buntong M.Thulsi dan ADUN Bercham Ong Boon Piow.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan