WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mengapa Marmar Masjidil Haram Kekal Sejuk Walaupun Dalam Cuaca Panas Melampau

14/02/2026 11:39 AM

MAKKAH, 14 Feb (Bernama-SPA) -- Lantai marmar di kawasan tawaf, atau Mataf, di Masjidil Haram kekal sejuk sepanjang hari walaupun terdedah kepada cahaya matahari yang terik, hasil gabungan canggih bahan semula jadi dan kejuruteraan terma.

Permukaan kawasan itu terdiri daripada marmar semula jadi berkualiti tinggi dan berwarna cerah dengan pekali penyerapan haba yang rendah, membolehkannya memantulkan sinaran suria dan bukannya menyimpan haba, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Kesan ini dipertingkatkan lagi melalui reka bentuk struktur yang menggunakan kepingan marmar tebal yang dipasang di atas lapisan penebat khas dan ruang telus udara, yang mempercepat proses pelepasan haba.

Apabila digabungkan dengan susun atur kawasan terbuka yang luas serta aliran udara berterusan hasil daripada pergerakan jemaah, penyelesaian kejuruteraan ini membantu mengekalkan suhu permukaan yang sederhana. Hal ini sekali gus menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk para jemaah semasa waktu puncak.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan