WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kebenaran Mercun Pop-Pop, Happy Boom Tertakluk Permit Ketua Polis Daerah - KPN

17/02/2026 06:24 PM

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kebenaran pemilikan dan pengimportan bunga api jenis Pop-Pop” dan Happy Boom sempena Tahun Baharu Cina masih tertakluk pada permit yang dikeluarkan oleh ketua polis daerah serta pematuhan spesifikasi dan syarat ditetapkan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam kenyataan berkata perihal pengimportan, penjualan, penyimpanan dan permainan mercun dan bunga api tertakluk pada peruntukan Akta Bahan Letupan 1957, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Beliau berkata pendekatan pengawalan yang dilaksanakan adalah atas faktor ketenteraman awam bagi memastikan keselamatan masyarakat serta mengelakkan risiko kecederaan, kebakaran dan gangguan komuniti.

Mohd Khalid berkata tindakan undang-undang boleh diambil mengikut pelbagai seksyen di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

“Masyarakat dinasihatkan agar bermain bunga api di kawasan lapang di samping mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan berwaspada semasa bermain bunga api agar tidak mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan kegusaran pada penduduk setempat,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang dalam memastikan sambutan Tahun Baharu Cina harmoni dan selamat.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan