WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tujuh Maut Dalam Nahas Pesawat Medevac Di Timur India

24/02/2026 10:19 AM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 24 Feb (Bernama) -- Tujuh orang maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di timur India pada Isnin malam.

Ia terhempas berhampiran Simaria di daerah Chatra, Jharkhand.

Menurut Direktorat Am Penerbangan Awam India (DGCA), pesawat pemindahan perubatan (Medevac) yang membawa tujuh individu termasuk dua kru berlepas dari Lapangan Terbang Ranchi di negeri Jharkhand menuju ke Delhi pada 7.11 malam.

Selepas berhubung dengan kawalan trafik udara Kolkata, pesawat itu meminta lencongan laluan berikutan keadaan cuaca.

“.. pada 19:34 (jam), ia terputus komunikasi dan hubungan radar kira-kira 100 batu nautika di tenggara bandar Varanasi,” menurut DGCA.

Pesawat jenis Beechcraft C90 itu dikendalikan oleh pengendali perkhidmatan perubatan udara dan sewa khas yang berpangkalan di Delhi, Redbird Airways.

Seorang pegawai kanan daerah berkata tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan