MUAR, 4 Mac (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang setelah keluar rumah di Taman Bintang, di sini sejak Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata Muhammad Fakrul Aizi Mohammad Ros, 22, didakwa keluar kira-kira 5 pagi.
“Kehilangan lelaki itu disedari oleh ibunya yang mendapati anaknya keluar dengan membawa beg pakaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Raiz Mukhliz berkata lelaki itu berambut pendek hitam, mempunyai warna kulit kuning langsat dan terdapat bekas luka pada ibu jari kiri.
Beliau berkata lelaki itu memakai baju dan berseluar jeans hitam sebelum dilaporkan hilang.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat SM Mohd Samsul Tilo Muzeri menerusi talian 017-739 6520 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar 06-956 4800.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial