WILAYAH - SARAWAK > BERITA

All England: Pearly-Thinaah Tamatkan Penantian 19 Tahun Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Beregu Wanita

07/03/2026 08:55 AM

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke separuh akhir pertama mereka pada Kejohanan Badminton All England selepas menumpaskan pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari dalam aksi suku akhir berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, awal pagi tadi.

Gandingan nombor dua dunia itu hanya mengambil masa 43 minit untuk menundukkan lawan mereka dengan straight set 21-9, 21-18.

Kemenangan Pearly-Thinaah itu menyamai pencapaian Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang mara ke separuh akhir pada 2007.

Pearly-Thinaah seterusnya akan berdepan pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee, yang sebelum itu mudah menewaskan gandingan Jepun Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-18, 21-7 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan