WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 300 Orang

12/03/2026 08:54 AM

KOTA KINABALU, 12 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 300 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 270 mangsa daripada 82 keluarga keluarga semalam.

 Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 30 kampung di daerah Paitan kini terjejas, dan lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan.

PPS itu ialah Pusat Komuniti Batagon Darat, PPS Gereja PCS Purubatu, PPS Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan, PPS Dewan SK Lubang Buaya dan PPS Dewan Terbuka Daerah.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman negeri itu akan mengalami ribut petir sepanjang hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan