WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Umat Islam Dinasihat Jauhi Perbuatan Bercanggah Syarak, Dapatkan Bantuan Pakar

25/03/2026 03:25 PM

PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Umat Islam dinasihatkan sentiasa menjaga batas agama dan maruah diri serta menjauhi perbuatan yang bercanggah dengan syarak seperti bertatu, yang tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menerusi kenyataan hari ini mengingatkan umat Islam agar tidak meniru perkara yang melanggar hukum syarak.

“Sebagai umat Islam, kita hendaklah memelihara iman dan maruah serta mengelakkan daripada membuka aib di media sosial ketika berhadapan masalah, sebaliknya berusaha mendapatkan bantuan pakar,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui KSKCareCentre di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya menyediakan khidmat nasihat, kaunseling syarie dan terapi secara percuma. 

Orang ramai boleh menghubungi MyCareJAKIM menerusi talian 03-8870 7538 / 7460 / 7454 untuk mendapatkan bantuan.

Sebelum ini, satu video memaparkan seorang pempengaruh dan pencipta kandungan mengaku mencacah tatu pada lengan kirinya tular di media sosial sehingga mengundang perhatian banyak pihak. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan