WILAYAH - SELATAN > BERITA

Dua Remaja Maut, Seorang Parah Kemalangan Di Lebuhraya Iskandar Sultan

03/04/2026 06:58 PM

JOHOR BAHRU, 3 April (Bernama) -- Dua remaja maut manakala seorang cedera parah selepas Perodua Ativa dinaiki terbabas dan melanggar tembok konkrit di susur Kilometer 14, Lebuhraya Iskandar Sultan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Radin Ramlan Radin Taha berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian melibatkan mangsa kira-kira 4.25 pagi.

Beliau berkata kereta berkenaan dipandu mangsa lelaki berusia 19 tahun dan penumpang hadapan adalah remaja perempuan berusia 16 tahun yang maut manakala lelaki berusia 18 tahun di bahagian belakang cedera parah.

“Kenderaan itu dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Tampoi sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok konkrit di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

Sementara itu, penumpang di bahagian belakang mengalami kecederaan parah pada tangan kanan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zulhisyam Aziz di talian 019-743 2966 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan