KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menawarkan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan sehingga enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.
Penangguhan itu melibatkan Pembiayaan Perumahan-i, Peribadi-i, Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Mikro-i, Pajak Gadai-i serta Kad Kredit-i, tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.
“Kami menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terkesan dalam tragedi kebakaran ini yang memusnahkan kira-kira 1,000 rumah.
“Tawaran penangguhan bayaran ansuran pembiayaan ini merupakan salah satu langkah proaktif Bank Rakyat yang sentiasa bersedia membantu pelanggan kami pada waktu yang sukar,” kata Bank Rakyat dalam satu kenyataan hari ini.
Bank Rakyat berharap agar mangsa yang terlibat tabah dalam menghadapi cabaran yang tidak diduga itu dan semoga bantuan penangguhan bayaran pembiayaan tersebut dapat memberikan kelegaan serta mengurangkan beban kewangan yang mereka hadapi,” tambah Bank Rakyat.
Pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas boleh memohon menerusi e-mel telerakyat@bankrakyat.com.my atau kkredit@bankrakyat.com.my bagi pemegang Kad Kredit-i.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial