WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lakukan Gangguan Seksual Di Tempat Awam, Lelaki Ditahan Polis

24/04/2026 10:55 AM

IPOH, 24 April (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki melakukan gangguan seksual di tempat awam di dalam sebuah pasar raya di Gerik, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan kes itu pada 5.57 petang.

Beliau berkata siasatan mendapati pengadu, iaitu seorang wanita berusia 25 tahun yang sedang bekerja di pasar raya berkenaan, terlihat suspek melakukan perbuatan tidak senonoh lalu memarahi suspek sebelum lelaki itu keluar dari pasar raya tersebut.

"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik telah berjaya mengesan dan membuat tangkapan terhadap lelaki berumur 55 tahun itu serta akan memohon perintah tahanan reman hari ini bagi menjalankan siasatan selanjutnya," katanya.

Abdul Samad berkata kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Beliau berkata suspek yang ditahan di Stesen Bas Gerik pada 9.45 malam tadi tidak bekerja dan masih bujang serta pernah menerima rawatan masalah mental.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan