WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Araghchi Kembali Ke Pakistan Untuk Rundingan

27/04/2026 08:23 AM

TEHRAN, 27 April (Bernama-MNA) -- Menteri Luar Iran Abbas Araghchi kembali ke Pakistan untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai Pakistan sebagai kesinambungan rundingan diplomatiknya.

Agensi Berita Mehr (MNA) melaporkan Araghchi kembali ke Pakistan selepas lawatannya ke Oman dan pertemuan dengan pegawai Oman.

Araghchi berada di Islamabad, ibu negara Pakistan, semalam bagi menyampaikan pandangan Iran berhubung perkembangan serantau kepada pengantara Pakistan.

Antara isu yang dibangkitkan Araghchi dalam rundingan serantaunya termasuk mengenakan rejim perundangan baharu ke atas Selat Hormuz, tuntutan pampasan daripada pihak penceroboh, jaminan tiada lagi pencerobohan ketenteraan oleh pihak pencetus perang, serta penamatan sekatan tentera laut.

Dalam laporan berasingan, Menteri Luar Oman Badr Hamad AlBusaidi berkata beliau mengadakan perbincangan dengan Araghchi.

“Perbincangan yang baik mengenai Selat Hormuz dengan Menteri Luar Iran Dr Araghchi,” tulisnya dalam hantaran di akaun X selepas menyambut kedatangan Araghchi dan delegasinya pada awal Ahad.

“Sebagai negara pesisir, kami mengiktiraf tanggungjawab bersama terhadap masyarakat antarabangsa serta keperluan kemanusiaan yang mendesak untuk membebaskan pelaut yang ditahan terlalu lama.

“Banyak usaha diplomatik diperlukan dan penyelesaian praktikal perlu dicapai bagi memastikan kebebasan pelayaran yang berkekalan,” kata beliau.

-- BERNAMA-MNA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan