WILAYAH - TENGAH > BERITA

Institusi Tempatan Teruskan Belian, Catat Aliran Masuk Bersih RM534.2 Juta

27/04/2026 11:32 AM

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Institusi tempatan meruskan pembelian bersih bagi minggu kedua di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM534.2 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.

Dalam laporan aliran dananya untuk minggu berakhir pada 24 April, 2026, bank pelaburan itu memaklumkan bahawa peruncit tempatan melanjutkan penjualan bersih bagi minggu kedua berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM497.4 juta.

Sementara itu, pelabur asing melanjutkan meneruskan penjualan bersih bagi minggu kedua berturut-turut, mencatatkan aliran keluar RM36.9 juta.

Menurut MBSB IB, pelabur asing merupakan penjual bersih pada dua daripada lima hari dagangan sepanjang minggu, dengan aliran keluar terbesar sebanyak RM128.7 juta direkodkan pada Isnin, diikuti paa Rabu (RM88.0 juta).

Aliran masuk terbesar direkodkan pada Khamis (RM93.3 juta), diikuti pada Jumaat (RM43.8 juta) dan Selasa (RM42.8 juta).

“Tiga sektor utama mencatatkan aliran masuk asing bersih ialah Produk dan Perkhidmatan Perindustrian (RM129.7 juta), Perkhidmatan Kewangan (RM85.7 juta) dan Tenaga (RM23.8 juta).

“Dalam pada itu, tiga sektor utama menrekodkan aliran keluar asing bersih adalah Pengangkutan dan Logistik (RM151.2 juta), Produk Pengguna dan Perkhidmatan (RM90.9 juta) dan Pembinaan (RM53.7 juta),” menurut MBSB IB.

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menyaksikan penurunan yang meluas: peruncit meningkat sebanyak 11.2 peratus, institusi tempatan berkurangan sebanyak 0.3 peratus, dan pelabur asing menyaksikan penurunan sebanyak 4.3 peratus.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan