WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Brunei Catat Peningkatan Kebakaran Hutan Dan Belukar Akibat Cuaca Panas Melampau

29/04/2026 06:41 AM

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April (Bernama-Xinhua) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei mencatatkan sebanyak 17 kebakaran hutan dan belukar sepanjang hujung minggu lepas, susulan tempoh cuaca yang amat panas di negara itu, lapor Xinhua.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin, jabatan itu memaklumkan yang kebakaran yang berlaku pada Sabtu dan Ahad memusnahkan kira-kira 68 hektar kawasan berhampiran ibu negara, Bandar Seri Begawan.

Pihak berkuasa turut mendedahkan yang sebanyak 135 kebakaran hutan dan belukar direkodkan di seluruh negara sepanjang April tahun ini, menunjukkan peningkatan ketara dalam insiden seumpama itu.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan memaklumkan yang Brunei kini mengalami keadaan berjerebu akibat kebakaran hutan dan belukar setempat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kualiti udara dan kesihatan awam.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan