WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Peranan Pekerja Penting Pacu Ekonomi, Pelihara Kestabilan Negara - Agong

01/05/2026 05:47 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Peranan pekerja amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memastikan kestabilan serta kemakmuran negara terus terpelihara walaupun berdepan cabaran ketika ini, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah kebajikan pekerja perlu sentiasa diberi perhatian termasuk aspek keselamatan, keseimbangan kehidupan dan peluang pembangunan kerjaya supaya mereka terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan para pekerja dalam pelbagai sektor, sama ada di peringkat awam mahupun swasta,” menurut hantaran itu.

Seri Paduka Baginda berdua juga mendoakan agar seluruh pekerja di negara ini sentiasa dilindungi serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dalam menjalankan tugas masing-masing.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan