WILAYAH - SELATAN > BERITA

Agong Terima Kunjungan Cucu Pencipta Bersama Legasi Kartun The Flintstones

01/05/2026 03:22 PM

JOHOR BAHRU, 1 Mei (Bernama) - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima kunjungan Dave Williams, yang merupakan cucu kepada William Hanna, pencipta bersama siri animasi kartun popular The Flintstones, The Jetsons dan ribuan lagi watak kartun.

Menurut hantaran di laman Facebok Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Williams yang bertugas sebagai Kaunselor Ekonomi di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia turut melawat Istana Flintstones di Mersing, semalam.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda kerana diberi peluang untuk melawat Istana Flintstones, yang dibina berinspirasikan siri kartun berkenaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan