PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Polis mengesahkan satu lagi kejadian warga asing maut akibat jatuh di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA T2), malam tadi.
Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata dalam kejadian kira-kira 9.10 malam itu, seorang lelaki warga Algeria berusia 30 tahun, dipercayai terjatuh dari kawasan luar balkoni terminal berkenaan.
Beliau berkata pasukan perubatan telah memberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian, sebelum mangsa dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, kira-kira 2.55 pagi tadi, pihak hospital mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan punca kejadian masih disiasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA menerusi talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial