WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Malaysia, Indonesia Terus Perkukuh Kerjasama Ketenteraan Dalam Kerangka ASEAN

04/05/2026 05:51 PM

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia terus mengekalkan hubungan erat melalui kerjasama ketenteraan serta komitmen bersama dalam kerangka ASEAN, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menerusi hantaran Facebook, Mohamed Khaled berkata kedua-dua negara itu memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan perairan strategik seperti Selat Melaka dan Laut Sulu di samping memperkukuh kawalan sempadan darat di Pulau Borneo termasuk wilayah Kalimantan.

“Kerjasama ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan serantau,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Khaled menerima kunjungan hormat Duta Besar Indonesia ke Malaysia Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya Kusumo di Wisma Pertahanan.

“Kunjungan sulung beliau sejak memulakan tugas rasmi di Kuala Lumpur membuka ruang kepada pengukuhan hubungan dua hala, khususnya dalam bidang pertahanan antara dua negara,” katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan