WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM Thailand Bakal Bertemu Rakan Sejawat Dari Kemboja Di Sidang Kemuncak ASEAN

07/05/2026 10:15 PM

BANGKOK, 7 Mei (Bernama-Xinhua) -- Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul memaklumkan pada Khamis, beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet, semasa Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal berlangsung di Filipina, lapor Xinhua.

"Pertemuan itu pastinya akan diadakan, namun ia mungkin bukan dalam format dua hala," kata Anutin ketika ditemu bual pemberita sebelum berlepas ke Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48.

Anutin menegaskan bahawa usaha mempertahankan kedaulatan Thailand serta kepentingan rakyatnya akan sentiasa menjadi keutamaan dalam mengendalikan isu berkaitan hubungan Thailand-Kemboja.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dijadualkan berlangsung di Cebu, Filipina, dengan tema "Mengemudi Masa Depan Kita, Bersama".

--BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan