WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Putin Tiba Di Beijing Untuk Lawatan Dua Hari

19/05/2026 11:55 PM

BEIJING, 19 Mei (Bernama-TASS) -- Presiden Rusia Vladimir Putin tiba di Beijing bagi lawatan selama dua hari, lapor agensi berita Rusia TASS.

Pemimpin Rusia itu dijadualkan menghadiri jadual perjalanan yang padat di ibu negara China tersebut. 

Menurut pembantu Kremlin Yury Ushakov, acara kemuncak lawatan itu ialah Presiden China Xi Jinping menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatnya dari Rusia bagi sesi minum teh, yang membolehkan kedua-dua pemimpin membincangkan isu antarabangsa semasa.

Sesi minum teh itu, yang melibatkan jumlah delegasi terhad, akan didahului dengan rundingan Rusia-China melibatkan delegasi kedua-dua negara, pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Qiang, pembukaan tahun pendidikan silang budaya, serta lawatan ke pameran bersama TASS-Xinhua mengenai sejarah hubungan antara kedua-dua negara.

Turut dijadualkan ialah pertemuan dengan jurutera muda China Peng Pai, selain beberapa acara protokol lain.

-- BERNAMA-TASS

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan