WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Anak Syarikat Malakoff Peroleh Lanjutan Operasi Loji Kuasa 1,732MW Di Lumut, Perak

18/05/2026 09:28 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik Malakoff Corporation Bhd, iaitu GB3 Sdn Bhd dan Segari Energy Ventures Sdn Bhd (SEV) memeterai perjanjian pembelian kuasa (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk melanjutkan operasi dua loji janakuasa gas di Lumut, Perak. 

Pengeluar kuasa bebas itu dalam satu kenyataan hari ini berkata perjanjian itu merangkumi loji turbin gas kitaran terbuka 429 megawatt (MW) GB3 dan loji turbin gas kitaran gabungan 1,303 MW SEV, yang secara keseluruhan menyediakan kapasiti penjanaan 1,732 MW.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Syahrunizam Samsudin berkata loji itu telah menyokong grid kebangsaan dengan rekod yang konsisten dan boleh dipercayai selama bertahun-tahun.  

“Langkah memperluaskan operasi adalah sangat praktikal dan bertanggungjawab, kerana ia membolehkan kemudahan menggunakan gas sudah terbukti dapat terus menyumbang kapasiti fleksibel dan boleh disalurkan mengikut keperluan negara, terutamanya ketika tempoh permintaan yang tinggi.

“Pada masa sama, ia memanfaatkan infrastruktur sedia ada dengan berkesan dengan cara yang menjimatkan kos,” katanya.  

Sementara itu, perjanjian baharu itu adalah sebahagian daripada lanjutan yang diberikan di bawah cadangan Kategori 1 Suruhanjaya Tenaga untuk tiga aset penjanaan gas yang diumumkan pada Januari tahun ini. 

Operasi komersial di bawah kontrak baharu itu dijadualkan bermula pada 1 Januari 2027 bagi loji GB3 dan 1 Julai 2027 bagi loji SEV, kedua-duanya yang bakal tamat pada 31 Disember 2029. 

Sebelum ini, loji kuasa Malakoff di Prai, Pulau Pinang telah memperoleh lanjutan sehingga Mac 2030 dengan operasi lanjutan bermula 9 April 2026. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan