WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Arsenal Dinobatkan Juara Liga Perdana Inggeris Selepas 22 Tahun

20/05/2026 03:53 PM

LONDON, 20 Mei (Bernama-PA Media/dpa) -- Arsenal dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun selepas Manchester City sekadar seri 1-1 menentang Bournemouth, lapor PA Media/dpa.

Penantian panjang The Gunners untuk menambah koleksi 13 kejuaraan liga utama England berakhir apabila skuad kendalian Pep Guardiola tercicir mata dalam perlawanan kedua terakhir mereka.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal memiliki kelebihan mata yang tidak lagi mampu dikejar di persada liga, sekali gus mencetuskan sambutan kemenangan di utara London.

Skuad kendalian Mikel Arteta secara rasmi akan menerima trofi itu pada Ahad selepas perlawanan terakhir musim ini menentang Crystal Palace.

Arsenal juga masih berpeluang mencipta sejarah meraih kejuaraan berganda apabila memburu gelaran sulung Liga Juara-Juara Eropah pada perlawanan akhir menentang Paris Saint-Germain (PSG) hujung bulan ini.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan