WILAYAH - UTARA > BERITA

Mayat Lelaki Tempatan Ditemukan Dalam Longkang

21/05/2026 04:51 PM

GEORGE TOWN, 21 Mei (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tempatan ditemukan dalam longkang di tepi sebuah kedai di Jalan Kedah di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam pada 9.26 pagi. 

“Siasatan awal mendapati lelaki itu berusia 37 tahun beralamat di Kapar, Selangor disyaki gelandangan yang menginap berhampiran lokasi kejadian. 

“Pemeriksaan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan pada tubuh lelaki itu tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat esok.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan laporan mati mengejut (SDR) dibuka bagi siasatan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan